Shop by Category
Featured Product
Information
Products: 45
Categories: 17
Prices: Ringgit Malaysia
Currency
Language

Search for:

HIN1 NEWS

 

 

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia
1 September 2009
 

Dimaklumkan sehingga 1 September 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 278 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 279 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,373 pesakit ILI sedang dirawat di  94 buah hospital termasuk 10 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 193 pesakit (14%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 193 kes yang disahkan H1N1, 46 kes berada di ICU dimana 6 kes merupakan kemasukan baru, sementara 6 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 46 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (78%) mempunyai faktor risiko.  Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (8), obesiti (11), kanak-kanak/bayi (8), post-natal/hamil (4), penyakit jantung (2), asthma (1) dan immuniti rendah (2).  

Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia  telah menerima laporan mengenai tiga (3) kematian yang berlaku pada 30  Ogos 2009 di Negeri Sembilan. Mereka ini berumur di antara 24 hingga 42 tahun dan kes ini akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian influenza A (H1N1) pada hari ini. Keputusannya akan diumumkan secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan influenza A (H1N1)  atau sebaliknya.

Saya ingin menegaskan sekali lagi, memandangkan sesi persekolahan bermula hari ini, ibu bapa diminta lebih bertanggungjawab untuk memastikan hanya menghantar anak-anak mereka yang sihat saja ke sekolah.  Manakala anak yang mengalami gejala demam atau batuk adalah dinasihatkan supaya terus berehat di rumah sehingga benar-benar sembuh dan tiada lagi menunjukkan simptom.   Jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ianya amat berisiko untuk menularkan virus influenza A (H1N1) kepada rakan-rakan mereka yang lain.  Murid-murid perlu sentiasa menjaga kebersihan diri agar tidak dijangkiti virus influenza A (H1N1) lebih-lebih lagi bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM.  Amalan kebersihan diri yang utama iaitu membasuh tangan terutamanya selepas batuk dan bersin mestilah diteruskan. Selain itu amalan menutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali batuk dan bersin juga perlu terus diamalkan. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuang ke dalam tong sampah.

Orang ramai yang ada gejala juga mesti mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain) apabila berurusan dengan orang lain. Selain itu, elakkan dari berkunjung ke tempat-tempat yang sesak dan padat dengan orang ramai juga majlis-majlis perjumpaan. Mereka yang menjalani pengasingan di rumah kerana mempunyai gejala  influenza-like illness (ILI) juga mesti mengamalkan social distancing ini apabila berurusan dengan ahli keluarga mereka yang lain.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Di saat penularan jangkitan influenza A(H1N1) yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon orang ramai untuk terus memberi kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 1 September 2009

 

===============================================

star h1n1 warning

================================================

Dimaklumkan sehingga 30 Ogos 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 202 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 285 kes telah didiscaj keluar. Ini menjadikan baki seramai 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 buah hospital termasuk 5 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 280 pesakit (19%) yang disahkan positif H1N1.

Daripada 280 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU dimana 5 kes merupakan kemasukan baru, sementara 7 lagi kes keluar dari ICU. Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82%) mempunyai faktor risiko.  Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (3), obesiti (12), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (4)  asthma (3) dan immuniti rendah (2).  

Untuk makluman, 1 kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini. Kes kematian tersebut adalah seorang lelaki berumur 49 tahun tanpa pekerjaan tetap serta bermasalah kesihatan hepar (hati) telah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka pada 13/8/09 dengan simptom demam dan batuk selama dua hari serta muntah. Pesakit terus dimasuk ke wad dan rawatan antiviral influenza dan antibiotik telah dimulakan serta merta. Ujian TB, Tifoid, Denggi, Leptospira serta H1N1 didiapati negatif pada 18.08.09. Rawatan telah diteruskan walau bagaimanapun pesakit menjadi tenat kerana masalah paru-paru. Beliau dipindahkan ke ICU dan meninggal dunia pada 19.08.09 disebabkan oleh Severe pneumonia with septicaemic shock and H1N1. Laporan biopsi postmortem yang diterima mendapati sampel paru-paru positif influenza A(H1N1) pada 24/08/09.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dimana jumlah kes sehingga 30 Ogos 2009 adalah 246,221 dengan 2,958 kematian yang melibatkan 182 buah negara. Walau bagaimanapun, angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes.

Memandangkan sesi persekolahan akan bermula, ibu bapa diminta lebih bertanggungjawab untuk memastikan hanya menghantar anak mereka yang sihat sahaja ke sekolah. Manakala bagi anak-anak yang mengalami gejala demam atau batuk adalah dinasihatkan supaya terus berehat di rumah sehingga benar-benar sembuh dan tiada lagi menunjukkan sebarang simptom. Ini kerana anak-anak yang ada simptom masih berisiko untuk menularkan virus tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Orang ramai disarankan agar terus mengamalkan kebersihan diri terutamanya rutin membasuh tangan dan etika batuk. Mereka juga perlu sentiasa mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain) serta mengurangkan mengunjungi tempat-tempat awam yang sesak dan dan majlis-majlis perjumpaan.

Maklumat semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 dan juga laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Di saat penularan jangkitan influenza A(H1N1) yang semakin meningkat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memohon orang ramai untuk terus memberi kerjasama secara berterusan bagi menangani penularan wabak ini.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 30 Ogos 2009



Powered by CubeCart
Copyright Devellion Limited 2006. All rights reserved.